24.8.09

those priceless moments..

third day puasa *first day utk aku*

first time bangun sahur, boleh dibilang dengan jari actually berapa kali aku bangun untuk bersahur,walaupun aku tahu bersahur itu adalah satu aktiviti yg barakah. jelasnya sifat hantu tidur aku melebihi segalanya.

untuk 10 hari berpuasa, best sangat sebab cikngah ada kat sini and automatically she will be our iron chef within the time. bazar ramadhan? we dont need it YET.
1st day puasa, kerutup *betul ke tak eja neh?* daging+hati lembu+paru plus home made sambal belacan. perghhhhh, best ok!
2nd day puasa, sbb tak sempat..buffet kat luar.
for 3rd day, we are having ayam pedas tok ayoh and prawn fritters for sahur dan sudah diplan dengan her utk buat sambal udang petai dan ikan siakap sweet sour, perghhh!!!
at least terubat rindu aku pada masakan umi.
huuu, sesungguhnya umi, anak mu is teribbly missing you and your cooks :'(

dah banyak ruang waktu aku telah lalui sebelum sampai ke tahap ini,
aku pernah rasa bagaimana menyambut ramadhan sebulan dirumah as waktu aku sekolah, ramadhan sama dengan cuti hujung tahun. masa tu tak berapa nak menghargai lagi.

aku pernah rasa bagaimana menjalani ibadah puasa di asrama ketika aku dan kawan kawan bertungkus lumus membuat yang terbaik untuk SPM, beratur di dewn makan..buka puasa sama sama di luar bilik, ke bazar ramadhan dengan bas mrs*m. walaupun sedih, terubat dengan gelak tawa rakan seperjuangan. rindu.

aku juga pernah melalui pengalaman berpuasa di universiti, bergilir gilir ke pasar ramadhan untuk membeli lauk, dan rasa seperti satu bazar nak beli. masak nasi dan makan ramai ramai. kadang2 class habis menghampiri waktu berbuka, kehulu dan kehilir menyiapkan assignment dan project, kadang2 test waktu bulan puasa mengajar aku erti pengorbanan dan kesabaran.

dan tahun ini, aku bakal akan merasa berpuasa sebagai seorang yang bekerja, walaupun tak kerja lagi. heh. tapi yang pasti, aku jauh dari keluarga sekali lagi.

to summarize this,belajarlah menghargai saat saat kita bersama keluarga,hargai ramadhan walaupun perit, penat letih mengharungi puasa, as who knows ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir buat kita.

7.01am.

No comments: