12.6.10

surat untuk Pn jijik.

i'm not the type of person who tend to forgive and ask for sorry easily unless aku tahu aku yang salah.



hari ni aku dapat msg 5 page, ada yang 2 page, dan juga comment di facebook. semua nya sama.

nasihatkan aku untuk meminta maaf demi orang lain. wtf?



aku bukan manusia yang pentingkan diri sendiri, tapi cukuplah limit yang aku tetapkan 12 tahun lepas telah dimusnahkan. 12 tahun aku paksa diri aku senyap, menjadi pemerhati bebas kerana dari segi umur aku belum mampu menyuarakan pendapat mahupun cuba berkata benar.



aku di didik dengan baik dan tiada kurang walau sedikit pon, aku diberikan ilmu dunia dan agama seperti manusia lain. siapa kau nak cop aku manusia kurang ajar? siapa kau nak cop aku biadap dengan orang tua? mak dan ayah aku didik aku menghormati orang tua, mak ayah aku didik aku jangan lawan cakap orang tua, seingat aku tak pernah sesekali meninggikan suara dengan orang tua aku walaupun kadang kadang hati aku yang terluka.



tapi aku tau, sehari dua lagi aku terpaksa menjatuhkan maruah aku dan melontarkan maaf. itu yang kau mahu kan? dan aku tahu kau akan tersenyum sebab semua orang akan tunduk dengan apa yang kau aturkan.



aku sangat harap kau baca blog ni, masih segar lagi dalam ingatan aku, kau kutuk ayah aku 12 tahun lepas, kau cakap ayah aku lembik, tak tegas, macam orang bodoh depan depan aku. Aku diam.

aku masih ingat kau mengumpat tentang umi, kau cakap umi tak pandai jaga anak. aku diam.

aku masih ingat kau mengumpat aku dan adik adik aku, kau cakap kami gedik dan pemalas. aku diam.

aku masih ingat kau benci nenek aku, aku diam.

aku masih ingat kau mengumpat makcik aku, kau cakap dia suka pinjam duit orang tapi tak tahu nak bayar, kau dendam sampai mati dengan dia, aku diam.

aku masih ingat kau hasut makcik aku, ayah aku bencikan adik bongsu nya. aku diam.

aku masih ingat kau boikot majlis pertunangan makcik aku yang bongsu, dan kau taip email sampai 3 page dengan maki hamun. aku baca tapi aku diam.

aku masih ingat kau ajar anak anak kau panggil aku manusia tak ada agama, aku diam.



cukup..cukup.



kau maki aku sampai 3 page sms, aku senyap. bukan maksud nya aku takut. aku senyap sebab aku masih fikirkan keluarga kita yang sememangnya ada sekerat dua ni.



hakikatnya, demi Allah..aku benci kau.



*



terima kasih dengan Tenaga Exhibition sebab buat aku busy lately and have no time nak fikir how much i hurt because of this. Aku masih mampu senyum dan ketawa selagi ada orang sekeliling aku yang masih membahagiakan aku. aku masih mampu untuk berlakon, walaupun dalam hati ni, tuhan saja tau.

No comments: