3.11.07

Sampah?

hidup aku sangat bosan.

hidup ni bukan untuk mengeluh bosan, hidup untuk bersyukur! - anonymous

aku tak bersyukur ke? macam mana kamu tahu aku tak bersyukur? kamu bersyukur ke? macam mana kamu bersyukur tu? bersyukur pada kamu maksud dia apa? bangun, mandi, makan, pergi kelas, dan balik tidur? ataupun maksud kamu, mengerjakan rukun islam kelima hari-hari tak tinggal?(maksud aku sembahyang 5 waktu). macam tu bersyukur?

bersyukur itu subjektif. kalau aku tak bersyukur, dah lama aku terjun bangunan. kalau aku tak bersyukur dengan hidup aku, aku tak bersusahpayah memecahkan otak aku sekadar nak memuaskan hati semua orang untuk tengok aku dapat pegang segulung kertas berukuran A5 tu.

aku bosan. bosan dengan keadaan sekeliling aku. ya aku tau. lebih baik dari tempat negara2 yang sedang berperang ataupun lebih baik dari tempat dimana orang berebut sebutir nasi. aku bosan dengan orang sekeliling aku. aku bosan dengan keadaan aku. bosan sangat!

dan sampai sekarang, aku masih lagi mencari orang yang boleh buat aku TAK bosan. orang yang berfikiran sama seperti aku. boleh duduk berjam-jam dengan aku semata-mata melayan kerenah aku yang suka berfikir tentang perkara-perkara sampah. orang yang boleh bagi aku semangat dan orang yang sokong aku walaupun aku sampah. heh. aku bukan sekompleks yang kamu fikir. aku sederhana seperti dulu, cuma fikiran aku lebih kepada falsafah2 kehidupan yang SAMPAH. hhehe..sebab aku baru jumpa benda yang sama macam aku fikir sebelum ini. FALSAFAH SAMPAH!

manusia bersifat narcicist (aku tak tahu nak memelayukan perkataan ini). iaitu kagum pada diri sendiri. betul tak? kamu kagum tak pada diri sendiri? tipu kalau kamu cakap tidak.
kalau kamu tak kagum pada diri sendiri, kamu tak akan baca horoskop kamu, personaliti tentang bulan kelahiran kamu, macam-macam lagi. itu sebenanrnya tanda kamu kagum dengan diri kamu. Ya aku memang kagum dengan diri aku. kagum sebab aku suka mengarut macam sampah!

ni satu lagi entri sampah yang kamu tak akan faham kalau kamu itu bukan aku. memanglah. jadi kamu takkan faham. buat penat je kamu baca.

You’re a natural communicator and today brings a powerful energy that makes that quality even stronger. Make sure that you’re speaking with the right person or people and then get at the truth. A gift you’re given today will require you to use hidden reserves of tolerance.

No comments: