10.2.09

cuti itu syurga!

5 hari bercuti. yeah. agak BERCUTI jugak la.

hari jumaat, girls day out kat midvalley nonton muvi. pinkpanther2 dengan the wedding game.
pinkpanther aku rase mcm best yang first punya,yang latest ni mcm kurang lawak sket, tapi as usual, aku gelak mcm nak mampos jugak. the wedding game best, tapi biasala cite2 romentik camtu.slow motion sket. dan hari tu my friend datang kl, and supposedly aku hangout ngan die tis weekend, but nak buek camano, atas hal2 yg tak dapat dielakkan, aku terpaksa untuk tidak jumpa dia. hehe. i'm sorry babe. no choice.

dan sabtu ahad dan isnin aku habiskan masa dengan aunty aku merewang dekat sunwa*y pyramid dan the cur*ve. dan aku sekali lagi fall in love dengan crocs yang agak girly punya edition. nakkkkkkkkk! nak.nak.nakkkk! nak kaler silver. tapi nak kumpul duit beli handbag dulu.i need a new one, not a new petaling street one! ahah. haih, ni nak g rompak bank nieeee! or ciknga*h? hehehe, cikngah? okay tak? ;P

last friday, our graduation night dekat pala*ce of the golden hors*es. dan aku tak pergi. heh. kadang2 fikir mcm rugi je tak pergi. tapi sekali pikir lagi tak rugi pon. aku bukan mcm orang lain, kawan belambak. satu course kenal. aku neh, kawan sekelas pon aku tak kenal lagi even dah nak grad dah. memang jahiliah tahap cipan. so stakat cherish moment dengan gendengs2 pon dah cukup for me. tapi bila lagi kan nk pakai evening dress and walk on the red carpet? i miss that dah. tapi tu pun masalah jugak as aku TAK PANDAI lansung pakai heels! takkan nak jalan atas red carpet tu pakai flip flop kot? takkan nak pakai crocs kot? takkan nak pakai wedges kot? tak glemer lansung. tapi tuh la kenyataan nya, aku memang tak pandai pakai heels. bukan tak cuba, tapi mmg totally fail.

kadang2 bila aku tgk classmate aku pergi class dengan make-up, heels, huih tudung jangan cakap ah, keras elokk je terletak, aku agak curious, pkul brapa diorang ni bangun ehh? kalau aku ah, 15 minits before class baru hegeh nak bangun, usahkan make-up, nak iron baju pon mmg gila tak sempat. jeans dan t-shirt dan selipar jepun. yeah, uniform aku time g class.
blouse? kemeja? ahah. rimas. baju kurung aku suka pakai sbb loose semacam je rasa, tapi jarang pakai sbb malas nak iron. heh.
ke-messy-an aku mmg terbukti dan diiktiraf oleh ahli keluarga aku. aku boleh aje bangun pagi basuh muka, terus kuar teman mak aku pegi pasar. boleh aje aku keluar makan dengan baju dan seluar pendek yang aku selalu pakai dekat rumah, even keluar date pon, takde pon aku struggle nak fikir baju apa nak pakai, nak mekap bagai. takde. nasib baik otherhalf terima aku seadanya. hehehe.even kadang2 ngutuk jugak aku. cet. kadang2 rasa mcm jealous tengok kawan2 yang vogue2 neh, tapi apakan daya, i'm not like that. jadi perempuan yang cukup sifat ni ponn aku dah cukup bersyukur. *aku dulu much wayyyyyyyyyyy boyish dari sekarang okay*

okay2, tetiba pulak jadi peramah dengan keyboard. way to start my week! ada 2 test dan HOPEFULLY dapat kickstart untuk fyp tersayang as dr chea*h dah rindu banget sama aku kot. haha.
so, way to go girl!

:)

No comments: