kadang kadang aku terpaksa akur bahawa menjadi seorang perempuan adalah sangat istimewa.
women has gone through so much pain in their life, labour pain dan yang paling famous, period pain where men should be very afraid of this. heh. sebab tu perempuan sangat kuat, mcm aku. hehe.
bila harus naik lori ke mana mana fault location kat serata kelant*an ni, pakcik akan bukak kan tangga untuk aku panjat masuk dalam lori. kalau budak lelaki? heh, lompat la kau.
bila terpaksa berpanas tunggu cable joint, pasti ada payung sebesar yang mungkin aku dapat dari pakcik :) dan jangan harap budak lelaki nak duduk bawah pokok macam mana aku duduk sambil tunjuk muka nak balik :p
dikelilingi oleh pakcik pakcik yang aku anggap ayah, sangat bahagia. no worries at all. walaupun kamu telah pecahkan fius 30A dengan sengaja, it is still okay as long as kau buat muka tak bersalah semanis mungkin.
memang tak ada pressure.
dan,
hari ni aku dengan bangganya menghantukkan kepala aku pada transformer 500KVA yang-besar -gedabak- yang -aku- pun- tak- faham- macam- mana- aku- boleh- tak- nampak- transformer sebesar itu.
sakit babiiii!!!
dan sekarang, dahi aku dah ada satu tanda kenangan.
mula mula kena, rasa macam nak pitam tapi bila aku ingat balik, aku rasa aku lah trainee yang paling bangang.
eeeeiiii, malu sial!
nasik baik transformer tuh no current, kalau ada? tak ke mampos aku pagi tadi. isk3.
berkat kejadian ngeri tu, aku dapat MC.
yeay!!
tapi, aku pasti kisah engineer kecik terhantuk transformer bakal meniti di bibir pakcik2 di yard pagi esok.
oh, kemaluan betul!
No comments:
Post a Comment