walau setiap hari hidup dipenuhi dengan gelak ketawa, lawak jenaka yang tak putus putus, tapi bila kembali kepada dunia yang sebenar, hidup aku sebenarnya kosong.
yeah, truly kosong. tiada pengisian dan pengertian dalam hidup.
tiada arah tujuan yang sebenar dalam hidup. aku hidup untuk hari ini dan mungkin untuk esok, sekali sekala untuk minggu ini dan bulan depan. untuk hari2 mendatang? 2 bulan selepas itu? just go on with the flow.
bukan tak pernah mencuba untuk mengisi kehidupan dengan satu jadual masa yang lengkap. tapi selalu gagal pada pengakhirannya. seakan trauma untuk menghadapi sebarang kemungkinan, aku pilih jalan mudah. walaupun aku tau, jalan mudah tak semestinya jalan yang selamat untuk sampai ke destinasi.
yours truly.
No comments:
Post a Comment